Monday, 30 March 2015

Kek Coklat Cheese


Bahan-bahan Kek Coklat

* 1 cawan gula
* 1 cawan serbuk koko 
* 1 cawan susu pekat
* 1 cawan susu cair 
* 1 cawan minyak masak 
* 3/4 cawan tepung (diayak)
* satu sudu kecil soda bikarbonat 
* satu sudu kecil baking powder 
* 4 biji telur gred B (blend je senang)

Cara membuatnya

1) Campurkan gula, serbuk koko, susu pekat, susu cair dan minyak jagung dalam periuk yang kecil di atas api yang sederhana. Kacau sampai berkilat dan semua bahan sebati.
2) Telur korang blend je semua
3) Bila dah berkilat korang curah dalam mixer untuk campuran tadi
4) Masukkan soda bikarbonat dan baking powder
5) Masukkan telur dan tepung secara berselang seli
6) Bila dah sebati semua boleh la bahagikan kepada 2 bahagian

Bahan-bahan Cheese Kek

* Satu buku cream cheese (ala yang macam buku sabu basuh tu). Nak guna philadelphia pun boleh. 
* 1 cawan gula kastor (blend je gula biasa)
* 1 biji telur
* 1 sudu besar tepung
* 1 sudu besar air 

Cara membuatnya 

1) Sementara tu boleh la korang panaskan pengukus dahulu. 
2) Basuh mixer tadi untuk buat cheese kek pulak
3) Cream cheese boleh keluarkan sejam awal dari peti sejuk
4) Masukkan cream cheese dalam mixer dan kacau
5) Tambahkan gula kastor dan kacau lagi
6) Masukkan telur, tepung dan air satu sudu.
7) Kacau sehingga sebati.

Cara untuk mengukus coklat cheese kek

1) Tadi kan dah panaskan pengukus lebih awal
2) Jangan lupa balut penutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitis
3) Bekas untuk dikukus disapu dengan sedikit marjerin
3) Kek coklat tadi dibahagi dua. Masukkan bahagian yang pertama dan kukus lebih kurang 15 minit. 
4) Bila dah sedikit keras boleh masukkan cheese kek tadi dalam masa 15 minit.
5) Last sekali bila cheese dah masak sikit boleh masukkan bahagian kedua kek coklat.
6) Kukus sampai masak. Nak tau masak ke tak boleh cucuk dengan garfu dan kalau berminyak still tak masak lagi.
7) Dah masak biarkan seketika dalam pengukus
8) Keluarkan dan sejukkan di luar. Lepas tu bila dah sejuk masuk dalam peti sejuk

Sunday, 8 February 2015

KEK COKLAT MOIST PALING RINGKAS

BAHAN-BAHAN KEK
*4Biji telur
*1cawan minyak
* 1cawan gula (saya guna 3/4 cawan)
*1cawan susu pekat
*1cawan air milo pekat
*1cawan serbuk koko
*1sudu teh baking powder
*2penutup esen vanilla

#‪#‎Siap‬ blender sume,.tuang dlm bekas & masukan tepung gandum 2cwan kacau sebati.. 
#‪#‎kukus‬ 30minit atau hingga masak
##Siap la..

TOPPING (PILIHAN)
1cawan koko
1cawan susu pekat


Wednesday, 7 January 2015

APAM SUA---ADA 2 VERSI

RESEPI APAM SUA 1

BHN2:

KULITNYA:

2 CAWAN TPG GANDUM
1 BIJI TELUR1 PAKET YIS
4 C/T GULA
2 CAWAN AIR
SEDIKIT GARAM
PEWARNA KUNING
- SEMUA BHN DIBLENDKAN DAN PERAP 5 MINIT SHJ..
INTI:

1 CAWAN GANDUM
2 C/B TEPUNG KASTAD
1 CAWAN GULA
3 CAWAN AIR
PEWARNA KUNING
- KACAU SEMUA BHN ATAS API SEDERHANA HINGGA LIKAT

RESEPI APAM SUA 2 :
BHN2 KULIT:

2 CWN TEPUNG GANDUM
2 CWN AIR
1 CWN SUSU KOTAK / SANTAN / SUSU CAIR
1 SDT YIS
4 SDB GULA
1/2 SDK GARAM
1 SDT ENO

INTI:
1 CWN TPG KASTARD
4 CWN SUSU/ SANTAN ( SY GN SUSU KOTAK)
1/2 SDK GRM
3 SDB GULA

CARA2:
UNTUK KULIT: SATUKAN TEPUNG, AIR, GULA , SECUBIT GARAM DAN SANTAN KE DALAM SATU BEKAS.KACAU DENGAN WHISK HINGGA LARUT KESEMUANYA, MASUKKAN YIS DAN KACAU LAGI LAGI HINGGA BETUL-BETUL LARUT. SELEPAS ITU REHATKAN ADUNAN TADI SELAMA 1 JAM HINGGA ADUNAN NAIK. APABILA ADUNAN NAIK LETAKKAN BEBERAPA TITIK WARNA .. SELEPAS ITU LETAKKAN ENO KE DALAM ADUNAN YANG TELAH NAIK TADI DAN KACAU HINGGA BUIH PADA ADUNAN TADI MENGECIL.

PANASKAN PAN NON-STICK, LETAKKAN SEDIKIT MAJERIN DAN SENDUKKAN 1 SENDUK KECIL ADUNAN TADI DAN LAYANGKAN DIATAS PAN AGAR ADUNAN TADI BULAT. MASAK SEHINGGA 2-3 MINIT, ANGKAT JANGAN TERLALU LAMA..LETAK INTI LIPAT GN PLASTIK.

UNTUK INTI: CAMPURKAN KE SEMUA BHN2 DAN MASAK ATAS API YG KECIL HINGGA PEKAT ATAU MELETOP2 KECIL TUTUP API DN SEJUKKAN


KEK COKLAT MOIST VERSI ANIS

RESEPI NI LEBIH KURANG MACAM RESEPI KEK COKLAT SECRET RESEPI YANG AKU DAH BUAT SEBELUM NI