BAHAN-BAHANNYA :-
400GRM ISI AYAM KISAR
1 BIJI BAWANG BESAR BOMBAY (DIPOTONG DADU)
1 SUDU KECIL REMPAH KARI AYAM
6 SUDU BESAR SOS TOMATO / PES TOMATO (TOMATO PUREE)
2 SUDU BESAR SOS CILI
1 SUDU BESAR GULA PERANG
1 CAWAN AIR
1 SUDU BESAR SOS MUSTARD (OPTIONAL)
2 KEPING KEJU CHEDDAR (CIK KUALI GUNA JENAMA CHESDALE)
SEDIKIT GARAM
5 KEPING ROTI HOTDOG
5 KEPING SOSEJ AYAM (CIK KUALI GUNA JENAMA RAMLY)
CARA MEMBUATNYA:-
DALAM SATU MANGKUK, CAMPURKAN REMPAH KARI, SOS TOMATO, SOS CILI, SOS MUSTARD DAN 1/2 CAWAN AIR.
PANASKAN KUALI DENGAN SEDIKIT MINYAK. TUMISKAN BAWANG BESAR HINGGA NAIK BAU. (TINGGALKAN LEBIH KURANG 1-2 SUDU BAWANG UNTUK HIASAN)
KEMUDIAN MASUKKAN ISI AYAM KISAR DAN BIARKAN IA MASAK SEKETIKA.KACAU RATA KERANA ISI AYAM AKAN BERKETUL-KETUL JIKA TIDAK DIKACAU.
SETELAH ISI AYAM KISAR EMPUK, MASUKKAN BAHAN SOS YANG KITA TELAH BANCUH AWAL TADI. KACAU HINGGA SEBATI SEMUANYA.
TAMBAHKAN GULA PERANG DAN SEDIKIT GARAM (JANGAN TERLALU BANYAK GARAM KERANA KEJU JUGAK AKAN MENAMBAHKAN KEMASINAN). JIKA KUAH AGAK CAIR BIARKAN HINGGA SEDIKIT KERING. JIKA KUAH AGAK PEKAT TAMBAHKAN BAKI 1/2 CAWAN AIR TADI DAN BIARKAN DIDIH.
AKHIR SEKALI MASUKKAN KEJU CHEDDAR. KACAU SEBATI & KUAH AKAN MENJADI PEKAT.
RASA DAN JIKA OK PADAMKAN API. KUKUSKAN ROTI SELAMA 1 MINIT DAN SOSEJ SELAMA 7-8 MINIT. HIDANGKAN ROTI BERSAMA SOSEJ DAN TUANGKAN 2 SUDU KUAH YG DIMASAK TADI. TABURKAN BAWANG BESAR DADU DIATASNYA.
No comments:
Post a Comment