RESEPI NI BOLEH JUGA GUNA UNTUK BERBUKA PUASA NANTI. UNTUK MASAK-MASAK SEBULAN, LAGI OK.
~~REFERENCE UTK DIRI SENDIRI GAK NI~~
MENU:
1. AYAM PANGGANG BERMADU
2. UDANG MASAK SERAI WANGI
3. IKAN SIAKAP KUKUS
4. IKAN MASAK BERLADA
5. IKAN KERAPU MASAK ASAM MANIS
6. AYAM MASAK CENDAWAN ALA CINA
7. PAJERI NENAS
8. MEE HAILAM
9. KETAM BERTELUR
10. AYAM KEPAK MASAK MINYAK BIJAN
11. NEHARI (KARI KAMBING KASHMIR)
12. IKAN TIGA RASA
13. IKAN PARI LEMAS!!!!
14. TANDOORI KURAU
15. TOM YAM
16. NASI AYAM HAKKA
17. MEE REBUS
18. GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG
19. AYAM GOLEK SERI PAHANG
20. KARI KEPALA IKAN
21. BLACK PEPPER STEAK
22. GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG
23. ASAM PEDAS TUMIS (MELAKA)
24. SOTO AYAM
25. NASI PAPRIK
26. NASI DAGANG
27. MEE BANDUNG MUAR (RESEPI ASLI
MUAR)
28. GULAI NENAS IKAN KERING ORANG
UTARA
29. AYAM BERCILI MASAK KETUMBAR
30. AYAM MASAK LOMAK CILI API NOGORI STYLE
________________________________________
AYAM PANGGANG BERMADU
BAHAN-BAHAN: 1KG KEPAK AYAM 1 SENDUK BESAR
MINYAK BIJAN 2 SENDUK BESAR MADU (KALAU U SUKA MANIS, TAMBAHKAN LAGI ) SEDIKIT
SERBUK LADA SULAH (SESUKA HATI, SIAPA YANG SUKA PEDAS, TAMBAHLAH LAGI) SEDIKIT
GARAM SECUKUP RASA
CARA MEMASAK:
GAULKAN AYAM BERSAMA MADU, MINYAK BIJAN,
SERBUK LADA SULAH & GARAM HINGGA RATA. PERAPKAN SEMALAMAN ATAU LEBIH DAN
SELEPAS TU, BOLEH LAH DIPANGGANG AYAM TU..... ATAS
________________________________________
UDANG MASAK SERAI WANGI
BAHAN-BAHAN: 600
GM UDANG HARIMAU - DIGORENG SETENGAH MASAK 4 BATANG SERAI 100 GM CILI KERING
100 GM BAWANG MERAH 100 GM CILI MERAH 70 GM BAWANG PUTIH 70 GM HALIA MUDA 3
SUDU BESAR PATI ASAM JAWA 30 GM BELACAN BAKAR 100 GM PATI SANTAN GARAM DAN GULA
SECUKUP RASA CARA MEMASAK: 1. KISAR HALUS SERAI, CILI KERING, BAWANG MERAH,
CILI MERAH, BAWANG PUTIH DAN HALIA MUDA. 2. TUMIS HINGGA WANGI DAN MASUKKAN AIR
ASAM JAWA DAN SEDIKIT SANTAN CAIR. 3. MASAK ATAS API SEDERHANA HINGGA KUAH
PEKAT 4. MASUKKAN PATI SANTAN DAN UDANG. 5. MASAK HINGGA NAIK BAU. ATAS
________________________________________
IKAN SIAKAP KUKUS
BAHAN-BAHAN: 1 EKOR IKAN
SIAKAP SEDERHANA BESAR 3 SUDU BESAR SOS TIRAM 2 SUSU BESAR SOS CILI 2 SUSU
BESAR SOS TOMATO 1 SUDU GULA 4CM HALIA - DIMAYANG 3 ULAS BAWANG PUTIH -
DIMAYANG 3 ULAS BAWANG BESAR - DIMAYANG 3 TANGKAI DAUN SUP(SADERI) 1/2 BIJI
LIMAU NIPIS GARAM SECUKUP RASA CARA MEMASAK:
1. CUCI IKAN DAN BELAH DUA JANGAN SAMPAI
PUTUS LUMUR GARAM DAN GULA (KURANGKAN JIKA TAK SUKA MANIS). 2. MASUKKAN IKAN
DALAM PINGGAN BUJUR, TABUR BAHAN YANG DIMAYANG TADI. 3. TUANG KETIGA-TIGA SOS
TADI. 4. KUKUS SELAMA 10MINIT (HINGGA MASAK). TABUR HIRISAN DAUN SUP TADI DAN
PERAH LIMAU DIATASNYA. ATAS
________________________________________
IKAN MASAK BERLADA
BAHAN-BAHAN: 3 ~ 4 EKOR IKAN SEMBILANG 10 BIJI CILI MERAH - DIKISAR 2
BATANG SERAI - DITITIK 1 ULAS BAWANG BESAR - DIMAYANG KASAR 2 ULAS BAWANG PUTIH
- DITUMBUK 1 INCI HALIA - DITUMBUK AIR LIMAU KASTURI SEDIKIT GARAM DAN GULA
SECUKUP RASA CARA MEMASAK:
1. IKAN DISIANG, LUMURKAN DENGAN GARAM DAN
KUNYIT. GORENG DAN KETEPIKAN. 2. DENGAN MENGGUNAKAN MINYAK YANG SAMA TUMISKAN
BAWANG PUTIH DAN HALIA YANG TELAH DITUMBUK TADI. BILA DAH BERBAU HARUM (GARING)
MASUKKAN CILI MERAH YANG TELAH DIKISAR, GARAM DAN GULA, KACAU DAN BIAR SAMPAI
PECAH MINYAK. 3. MASUKKAN IKAN YANG TELAH DIGORENG TADI DAN GAUL HINGGA SEBATI.
MASUKKAN BAWANG BESAR YANG DIMAYANG KASAR, KACAU HINGGA AGAK LAYU. 4. CURAHKAN
AIR PERAHAN LIMAU KASTURI SEBELUM DIHIDANGKAN. ATAS
________________________________________
IKAN KERAPU MASAK ASAM MANIS
BAHAN-BAHAN
A: 1 EKOR IKAN KERAPU 120GRAM TEPUNG JAGUNG 1 BIJI TELUR AYAM SEDIKIT MINYAK
(UNTUK GORENG) GARAM SECUKUP RASA BAHAN-BAHAN B: 5 ULAS BAWANG MERAH - DIKISAR
5 ULAS BAWANG PUTIH - DIKISAR 3CM HALIA 1 BATANG SERAI - DITITIK 1 HELAI DAUN
PANDAN 3 SUDU CILI SOS 1 SUDU CILI GILING SEDIKIT KUNYIT HIDUP 3 SUDU TOMATO
SOS 3 CAWAN AIR SEDIKIT CUKA MASAK GARAM SECUKUP RASA CARA MEMASAK:
1. GAULKAN BAHAN-BAHAN $B!F (BA $B!G (B
DAN GORENG HINGGA RANGUP. 2. UNTUK SOSNYA,PANASKAN SEDIKIT MINYAK, TUMIS BAWANG
PUTIH, BAWANG MERAH, HALIA, DAUN PANDAN DAN SERAI SEHINGGA BAU NAIK. 3.
MASUKKAN CILI GILING DAN KUNYIT.KACAU SEHINGGA NAIK MINYAK. 4. MASUKKAN AIR,
TOMATO SOS,CILI SOS DAN BAHAN PERASA.KACAU SEHINGGA MENDIDIH. TUANGKAN KE ATAS
IKAN YANG TELAH DIGORENG. 5. GORENGKAN BAHAN-BAHAN TABURAN DENGAN SEDIKIT
MINYAK KE ATAS HIDANGAN TADI.
UNTUK HIASAN: BAWANG BESAR, CILI MERAH, GREE
PEPPER, NANAS DAN TIMUN.
ATAS
________________________________________
AYAM MASAK CENDAWAN ALA CINA
BAHAN-BAHAN:
1/2 EKOR AYAM 8 KEPING CENDAWAN HITAM - DIRENDAM 1/2 JAM 1 INCI HALIA - DIHIRIS
1 BIJI BAWANG BESAR - DIHIRIS 6 ULAS BAWANG PUTIH - DICINCANG 4 ~ 5 TANGKAI
CILI PADI SEDIKIT KICAP LEMAK MANIS SEDIKIT SOS TIRAM CARA MEMASAK:
1. AYAM DIBASUH DAN DIPOTONG KECIL2.
CENDAWAN YANG DAH LEMBUT DITOSKAN, BUANG TANGKAINYA DAN DIPOTONG 4 (MEMANJANG).
2. PANASKAN MINYAK DAN TUMIS HALIA. BILA DAH NAIK BAU (HALIA DAH KEKUNINGAN)
ANGKAT HALIA DAN BUANG. KALAU TAK BUANG PUN TAK APA. 3. MASUKKAN BAWANG BESAR,
BAWANG PUTIH DAN CILI PADI. TUMIS HINGGA NAIK BAU BARU MASUKKAN AYAM. KACAU
SEKEJAP. 4. MASUKKAN KICAP DAN SOS TIRAM. KUANTITI KICAP TERPULANG. TAK PAYAH
LETAK GARAM SEBAB SOS TIRAM DAH MEMANG MASIN. KALAU UNTUK YANG KUAT MASIN,
BOLEHLAH LETAK GARAM SEDIKIT. KACAU. 5. SELEPAS TU, MASUKKAN AIR SECUKUPNYA
(DALAM 2 CAWAN BIASA). 6. BILA DAH MENDIDIH BARU MASUKKAN CENDAWAN. KECILKAN
API DAN BIARKAN HINGGA KUAHNYA PEKAT. (BIASANYA DALAM 10 HINGGA 15 MINIT).
ATAS
________________________________________
PAJERI NENAS
BAHAN-BAHAN: REMPAH TUMIS
(KULIT KAYU MANIS,BUNGA LAWANG, PELAGA) SEDIKIT SERBUK KUNYIT 4 BIJI BAWANG
MERAH ] 2 BIJI BAWANG PUTIH ] DIHIRIS MEMANJANG BIJI SAWI GULA SIKIT GARAM
SECUKUP RASA LADA MERAH/&HIJAU DIBELAH MEMANJANG (JGN SAMPAI PUTUS) NENAS
DIPOTONG BULAT DAN 4, REBUSKAN DAN DITOSKAN AIR CARA MEMASAK:
1. TUMISKAN REMPAH TUMIS TADI MASUKKAN
BAWANG MERAH DAN PUTIH, BILA NAIK BAU MASUKLE SERBUK KUNYIT. 2. KEMUDIAN MASUK
NENAS YG DAH SIAP TOS TU, GULA SIKIT DAN GARAM SECUKUP RASA. 3. LEPAS TU
MASUKLA PULAK LADA DAN BIJI SAWI (MASA MASUK LADA NIE TK USAHLE SAMPAI LUNYAI
PULAK-GOLEK-GOLEKKAN AJELE KAT DLM KUALI TU SIKIT-SIKIT).
ATAS
________________________________________
MEE HAILAM
BAHAN-BAHAN: 1 KG MEE/KUEH
TEOW/MEE HOON (6/8 ORANG) 6 BIJI BAWANG PUTIH (TUMBUK/PENYEKKAN) RENCAH
AYAM/UDANG/SOTONG SOS TIRAM GARAM SECUKUP RASA 6 BIJI CILI API 3 SUDU BESAR
TEPUNG JAGUNG (CAIRKAN DALAM SETENGAH CAWAN AIR SEJUK) SAYUR (KOBIS
BUNGA/SAWI/CARROT/BABY CORN) CARA MEMASAK:
1. TUMISKAN BAWANG PUTIH DAN CILI API. 2.
KALAU DAH GARING LETAKAN RENCAH, KEMUDIAN LETAK AIR 3 CAWAN DAN GARAM
SECUKUPNYA. 3. MASUKKAN SOS TIRAM SETENGAH BOTOL KECIL. 4. KEMUDIAN MASUKKAN
AIR TEPUNG JAGUNG UTK PEKATKAN KUAH. 5. MASUKKAN SAYUR2 AN DAN MEE. ATAS
________________________________________
KETAM BERTELUR
BAHAN-BAHAN: 2 EKOR KETAM
YANG AGAK BESAR DIBUANG KULIT YANG KERAS TU DAN DIBELAH DUA. 3 SUDU SOS TIRAM 3
SUDU SOS CILI 3 SUDU CILI YANG DAH DIBLEND 7 ULAS BAWANG MERAH 1 ULAS BAWANG
PUTIH YANG AGAK BESAR SEPOTONG HALIA SEBIJI TELUR GARAM SEDIKIT GULA SEDIKIT
MINYAK UNTUK MENUMIS BAWANG BESAR CARA MEMASAK:
1. TUMBUK CILI, BAWANG PUTIH, BAWANG MERAH
DAN HALIA TUMISKAN SEHINGGA BANGKIT BAUNYA 2. MASUKKAN SECAWAN AIR 3. MASUKKAN
KETAM, TUTUP KUALI SEHINGGA 10 MINIT 4. MASUKKAN SEGALA SOS, GULA DAN GARAM
SECUKUP RASA 5. BILA SEMUA DAH NAMPAK MACAM SEBATI, MASUKKAN TELUR YANG DAH
DIPUKUL, 6. KACAU CEPAT-CEPAT SUPAYA TELUR TAK BERKETUL. ATAS
________________________________________
AYAM KEPAK MASAK MINYAK BIJAN
BAHAN
-BAHAN: BEBERAPA KETUL KEPAK AYAM/DRUMSTICK KE APA2 LAH SESAME OIL/MINYAK BIJAN
SERBUK LADA HITAM FISH SAUCE/SOS IKAN BAWANG PUTIH 5 ULAS ( POTONG NIPIS2) SOS
TIRAM CARA MEMASAK:
1. LUMURKAN KETUL2 AYAM TU DGN MINYAK
BIJAN, SOS TIRAM, SOS IKAN(JGN BANYAK SESANGAT - SECUKUP RASE). CAMPURKAN
BAWANG PUTIH YG DIHIRIS. PERAPKAN LBH KURANG 1 JAM. 2. SEJAM KEMUDIAN ANGKAT,
TABURKAN SERBUK LADA HITAM (TERPULANG IKUT KEPEDASAN). 3. PANASKAN OVEN,
MASUKKAN DALAM OVEN LBH KURANG 30 MINIT. SETIAP 10 MINIT HENDAKLAH TAMBAH SOS
IKAN TERHADAP KETUL AYAM TADI. ATAS
________________________________________
NEHARI (KARI KAMBING KASHMIR)
BAHAN-BAHAN:
1 CAMCA BESAR GARAM MASALA 4 ULAS BAWANG PUTIH DICINCANG HALUS 2 CM HALIA
DICINCANG HALUS SEDIKIT GARAM 2 CAMCA KECIL SERBUK CILI 1 CAMCA BESAR SERBUK
KETUMBAR 1/2 CAMCA KECIL SERBUK BUAH PALA 1 CAMCA BESAR SERBUK JINTAN KASAR 1
CAMCA BESAR PAPARIKA 4 LABU BAWANG BESAR DIHIRIS NIPIS 1KG DAGING KAMBING
DIDADU ( BAHAGIAN KAKI ) 150ML TAIRU 2 CAMCA BESAR TOMATO PURI 1/2 CAWAN KACANG
DHAL DIREBUS SAMPAI LEMBUT DAN DIMESIN 1/2 CAWAN DAUN KETUMBAR DICINCANG HALUS
2 BIJI CILI HIJAU DIHIRIS MINYAK VESAWIT UNTUK MENGGORENG AIR SECUKUPNYA GARAM
SECUKUP RASA CARA MEMASAK:
1. GAULKAN DAGING KAMBING DENGAN SEDIKIT
GARAM DAN GARAM MASALA DAN GORENG SEBENTAR. KELUARKAN DARI PERIUK DAN ASINGKAN.
DALAM PERIUK YANG SAMA TUMIS BAWANG BESAR SAMPAI KUNING DAN GARING LALU DI
MASUKKAN SEMULA DAGING TADI. 2. MASUKKAN SEMUA BAHAN-BAHAN YANG LAIN KE DALAM
DAGING KECUALI DHAL DAN KACAU RATA DAN DIKECUTKAN SELAMA 10 MINIT. 3. MASUKKAN
AIR DAN DHAL DIDIHKAN SAMPAI EMPUK. TAMBAHKAN GARAM DAN TABURKAN DAUN KETUMBAR
DAN CILI HIJAU. ATAS
________________________________________
IKAN TIGA RASA
BAHAN-BAHAN 1 EKOR IKAN
SIAKAP / KERAPU SEDIKIT BAWANG PUTIH (DITUMBUK) 1 INCI HALIA 2 BIJI TOMATO
(AGAK MASAK) 6 BIJI CILI MERAH 10 BIJI CILI PADI 2 SUDU SOS TIRAM 2 SUDU SOS
CILI 1 SUDU SOS TOMATO SEDIKIT GULA, GARAM BHN UTK DIKISAR CARA MEMASAK:
1. GORENG IKAN (SPT BIASA) GARING /
SEPARUH GARING (TERPULANG). TOSKAN MINYAK.KETEPIKAN. 2. TUMIS BAWANG PUTIH
(NAIK BAU) + BHN KISAR 3. MASUKKAN SEMUA SOS TADI, GULA, GARAM DAN SEDIKIT AIR
4. TUANG ATAS IKAN ATAS
________________________________________
IKAN PARI LEMAS!!!!
BAHAN A: 1 BAHAGIAN
IKAN PARI YANG TELAH DI POTONG (SEDERHANA BESAR) - DI BASUH BERSIH - SEDIAKAN
BESEN SEBAGAI ACUAN UNTUK KERTAS TIMAH YANG BOLEH DI MUATKAN DENGAN IKAN PARI
TADI, KEMUDIAN LAPIK DENGAN KERTAS TIMAH 3-4 HELAI, BIAR TEBAL SIKIT SUPAYA TAK
KOYAK. BIARKAN KERTAS TIMAH TU BESAR MACAM NAK BALUT HEMPER! SUPAYA SENANG NAK
BALUT IKAN PARI TU. - LETAK IKAN PARI KE ATAS ACUAN KERTAS TIMAH. (BIARKAN DULU
IKAN TU RELEKS) BAHAN B: 5 BIJI BAWANG PUTIH DI HIRIS NIPIS DAN DIPOTONG
MEMANJANG (MACAM BATANG MANCIS) 2 BIJI BAWANG BESAR DI BELAH DUA DAN DI MAYANG
HALUS 2 BATANG SERAI DI MAYANG HALUS 1 HELAI DAUN LIMAU PURUT DI KOYAK EMPAT 25
BIJI CILI PADI DI MAYANG HALUS HALIA SEBESAR IBU JARI KAKI DI HIRIS NIPIS DAN
DI POTONG MEMANJANG 1BIJI CILI BESAR (MERAH) DI MAYANG DAN DICINCANG HALUS 3
SUDU BESAR MINYAK MASAK 2 SUDU BESAR SOS MINYAK IKAN SEDIKIT AJINAMOTO 1/2 SUDU
KECIL GARAM 1/4 SUDU KECIL GULA BAHAN C: 10 BIJI LIMAU KASTURI CARA MEMASAK:
CAMPURKAN KESEMUA BAHAN B, DAN GAUL SEHINGGA RATA, KEMUDIAN MASUKKAN KEDALAM
BAHAN A. BARULAH BAHAN C DI PERAH KEATASNYA, BALUT IKAN PARI TADI DENGAN RAPI
DAN KEMAS. BIARKAN SELAMA 15 MINIT UNTUK DIA MESRA DENGAN KESEMUA BAHAN-BAHAN
TADI. LEPAS TU KUKUS/BAKAR SELAMA 20 MINIT ATAS
________________________________________
TANDOORI KURAU
BAHAN-BAHAN: 3 KEPING IKAN
KURAU 1 BIJI LIAMU PURUT 1 SUDU BESAR HALIA (DICINCANG HALUS) 2 BIJI BAWANG
PUTIH (DICINCANG HALUS) 5 SUDU BESAR YOGHURT 1 SUDU KECIL SERBUK CILI 10 GM
SERBUK KETUMBAR 10 GM JINTAN HALUS SETANGKAI DAUN KETUMBAR (DIPOTONG HALUS)
GARAM DAN LADA HITAM SECUKUP RASA 2 SUDU BESAR MINYAK SAPI CARA:
1. GAUL BAWANG PUTIH, HALIA, YOGHURT,
SERBUK CILI, REMPAH, GARAM DAN LADA HITAM DALAM SEBUAH MANGKUK. 2. IKAN KURAU
DIBERSIHKAN DAN PERAP SEKURANG-KURANGNYA TIGA JAM. 3. SETELAH ITU, SAPU SEDIKIT
MINYAK SAPI DAN PANGGANG SELAMA 15 HINGGA 20 MINIT. 4. HIDANGKAN BERSAMA ROTI
ATAU NASI. ATAS
________________________________________
TOM YAM
BAHAN-BAHAN: AYAM - 1/4 EKOR
(DIPOTONG KECIL) DAGING - 250 GM (DIPOTONG KECIL) UDANG - TERPULANG PADA TUKANG
MASAK BAHAN A – BLENDERKAN HALIA 3 INCI BAWANG MERAH 6 ULAS CILI API 20 BIJI
(SEELOKNYA YG DAH MASAK BERWARNA MERAH) BAHAN-BAHAN LAIN MINYAK MASAK - 1/5
CAWAN SERAI - 6 BTG SERAI (DIKETUK) - LEBIH PUN BOLEH LOBAK MERAH - 2 BTG
(DIPOTONG) BUNGA KUBIS - 150 GRAM PUTIK JAGUNG - 2 BUNGKUS TOMATO - 3 BIJI
(POTONG 4) BAWANG BESAR - 3 BIJI (POTONG 4) DAUN LIMAU PURUT - 3 ATAU 4 HELAI
LIMAU NIPIS - AMBIL AIRNYA, DAN IKUT KEPERLUAN BATANG SALERI - 2/3 BTG DARI
SEPOKOK (POTONG PANJANG 1/2 IN) CILI API - DIKETUK (JIKA RASA PERLU UNTUK
TAMBAHKAN KEPEDASAN) SOS IKAN - DALAM 1 ATAU 2 SUDU AIR GARAM BAHAN PERASA -
JIKA BERMINAT CARA MEMASAK:
1. PANASKAN MINYAK DALAM PERIUK, DAN
TUMISKAN BAHAN2 YANG DIKISAR (BAHAN A). 2. MASUKKAN JUGA SERAI YANG TELAH
DIKETUK. TUMIS SEHINGGA PECAH MINYAK.3. MASUKKAN DAGING YANG TELAH DIPOTONG.
MASAK SEHINGGA EMPUK. DALAM PROSES INI, SEDIKIT AIR PERLU ! 4. DITAMBAH, HANYA
UTK MENYEMPOKKAN DAGING. 5. BILA DAGING TELAH EMPOK, MASUKKAN AYAM. MASAK LAGI
SEHINGGA AYAM 3/4 MASAK. TAMBAHKAN AIR HINGGA PARAS AIR TU... 1 1/2 KALI GANDA
DARI BAHAN2 YANG ADA DIDALAM PERIUK TU. 6. MASUKKAN UDANG JIKA BERMINAT. MASAK
LAGI HINGGA AIR MENGELEGAK. 7. MASUKKAN LOBAK MERAH, PUTIK JAGUNG DAN BUNGA
KOBIS. MASUKKAN JUGA DAUN LIMAU PURUT. CILI API YG TELAH DIKETUK (PASTIKAN DULU
TAHAP KEPEDASANNYA - MUNGKIN ANDA TELAH BERPUAS HATI). 8. MASUKKAN JUA...
TOMATO DAN BAWANG BESAR, SERTA BATANG SALERI. SOS IKAN DAN GARAM SERTA BAHAN
PERASA JIKA BERMINAT. PASTIKAN MENGELEGAK.... DAN TUTUPKAN API. 9. AKHIR SEKALI
MASUKKAN PERAHAN AIR LIMAU.... SEIMBANGKAN RASA MASIN DAN MASAM..... ATAS
________________________________________
NASI AYAM HAKKA
BAHAN-BAHAN: 1 EKOR AYAM
SEGAR KICAP CAIR (CAP CAMEL) MINYAK BIJIAN BAWANG MERAH 1 BIJI BAWANG PUTIH 3
BIJI 1 KETUL KECIL HALIA BERAS 2 TIN SUSU 1 SUDU BESAR GARAM 1 SUDU KECIL
AJINAMOTO SEDIKIT LADA PUTIH CARA MEMASAK:
1. REBUS AYAM SEHINGGA MASAK. PASTIKAN IA
TIDAK DIREBUS TELALU LAMA. KITA BOLEH CUCUK PAHA AYAM DENGAN CHOPSTICK, JIKA IA
TELAH MASAK, PAHA AYAM DENGAN SENANG DAPAT DITEMBUSI. 2. TOSKAN AYAM TERSEBUT
DAN LETAK ATAS PINGGAN. KITA MESTI MENABUR KICAP CAIR DIIKUTI DENGAN MINYAK
BIJIAN SEWAKTU AYAM MASIH PANAS. 3. BIAR AYAM SEJUK SEHINGGA KITA NAMPAK MINYAK
DARI AYAM TEKELUAR BARULAH KITA MEMOTONGNYA. INI UNTUK MEGELAKKAN DAGING AYAM
HANCUR SEWAKTU KITA MEMOTONG KETIKA PANAS. 4. AIR REBUS AYAM DIGUNAKAN DALAM
MEMASAK NASI AYAM. PASTIKAN KITA TIDAK MEMASUK TERLALU BANYAK AIR REBUSAN
TADI.(SUKATAN AIR SELALUNYA 1 INCI LEBIH DARI PARAS BERAS) 5. TUMISKAN HALIA,
BAWANG PUTIH DAN BAWANG MERAH (JANGAN TERLALU GARING). 6. MASUKAN TUMISAN
TERSEBUT KE DALAM PERIUK NASI. TARUH GARAM, AJINAMOTO DAN LADA PUTIH. 7. BIAR
NASI AYAM MASAK DAN SAJIKAN SELEPAS SETENGAH JAM.
ATAS
________________________________________
MEE REBUS
BAHAN-BAHAN: 1 PAKET MEE KUNING
- CELUR BAHAN SAYURAN: 50 SEN TAUGEH - CELUR SEDIKIT DAUN SUP - HIRIS NIPIS
SEDIKIT DAUN BAWANG - HIRIS NIPIS BAWANG GORENG 4 KEPING TAHU DI GORENG DAN
DIHIRIS NIPIS. 5 BIJI CILI HIJAU - DIHIRIS NIPIS LIMAU NIPIS/LIMAU KASTURI - DI
BELAH DUA TELUR REBUS - BELAH DUA BAHAN-BAHAN KUAH: SEDIKIT MINYAK UNTUK
MENUMIS 4 SUDU CILI KERING YANG DI KISAR 3 BIJI BAWANG MERAH - KISAR 3 SUDU
LENGKUAS YANG DI KISAR 4 BATANG SERAI DIKISAR HALUS 2 BIJI BAWANG PUTIH - KISAR
RM 3 UDANG KERING - KISAR - LAGI BANYAK LAGI SEDAP. 300GM UDANG HIDUP - DIREBUS
DAN KISAR HALUS 1 KG UBI KELEDEK MERAH - DIREBUS DAN BLENDER HALUS 3 SUDU GULA
ATAU SECUKUP RASA GARAM SECUKUP RASA SEDIKIT AJINOMOTO 4 SUDU SOS TOMATO AIR -
AGAK-AGAKLAH CARA MEMASAK:
1. TUMISKAN BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH,
LENGKUAS, SERAI, CILI KERING DAN UDANG KERING YANG TELAH DI KISAR HINGGA NAIK
MINYAK DAN BERBAU WANGI. 2. MASUKKAN UDANG HIDUP YANG DIKISAR DAN AIR
REBUSANNYA SEKALI. 3. MASUKKAN KELEDEK YANG TELAH DIKISAR DAN TAMBAHKAN AIR
SECUKUPNYA. BUBUH GARAM, GULA, AJI,SOS TOMATO. 4. BIARKAN MENDIDIH DAN SIAP
UNTUK DI HIDANG DAN DIMAKAN.....
ATAS
________________________________________
GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN: 1
KG IKAN KEMBUNG (DIPOTONG DUA) 1 IKAT TAUGEH KASAR 1 CAWAN TEMPOYAK 1 BATANG
SERAI 10 BIJI CILI PADI SERBUK KUNYIT GARAM CARA MEMASAK:
1. MASUKKAN IKAN YANG TELAH DICUCI KE
DALAM PERIUK BERSAMA CILI PADI YANG TELAH DIKISAR DAN SERAI YANG TELAH
DITITIK.2. TEMPOYAK DIBANCUH DENGAN SEDIKIT AIR SUPAYA TIDAK TERLALU PEKAT. 3.
MASUKKAN SERBUK KUNYIT DAN GARAM 4. APABILA MENDIDIH, MASUKKAN TAUGEH. SEDIA
UNTUK DIHIDANG.
ATAS
________________________________________
AYAM GOLEK SERI PAHANG
BAHAN-BAHAN: 1 EKOR
AYAM (DIBERSIHKAN) 300 GM BAWNG MERAH (DIKISAR HALUS) 5 CM HALIA (DITITIK) 2
SUDU BESAR REMPAH KARI AYAM 2 KEPING ASAM GELUGUR 2 BIJI KELAPA PARUT (DIPERAH
3 CAWAN SANTAN) GARAM DAN GULA SECUKUP RASA CARA MEMASAK:
1. SATUKAN BAWANG MERAH, SERAI, SERBUK
KARI, GARAM, GULA, ASAM GELUGUR DAN SANTAN DI DALAM KUALI YANG BESAR, KEMUDIAN
DIDIHKAN PERLAHAN-PERLAHAN DI ATAS API YANG KECIL SELAMA 20 MINIT. 2. APABILA
KUAH HAMPIR PEKAT, MASUKKAN AYAM DAN KACAU DARI SEMASA KE SEMASA SEHINGGA AYAM
SEPARUH MASAK.3. ANGKAT AYAM KEMUDIAN PANGGANG DI ATAS BARA API SELAMA 10
MINIT. SEMASA DIPANGGANG, BALIK-BALIKKAN AYAM SAMBIL DISIRAM KUAH YANG
SELEBIHNYA. 4. BILA MASAK, BOLEHLAH DIHIAS MENGIKUT CITARASA TERSENDIRI.
HIDANGKAN BERSAMA MINUMAN, ATAS
________________________________________
KARI KEPALA IKAN
BAHAN-BAHAN: 1 KG KEPALA
IKAN 50 GM BAWANG MERAH 30 GM HALIA (DIKISAR) 30 GM BAWANG PUTIH (DIKISAR) 50
GM CILI KERING (DIKISAR) 50 GM KETUMBAR 40 GM SERBUK JINTAN PUTIH 30 GM SERBUK
KASKAS 10 GM SERBUK LADA PUTIH 40 GM SERBUK KUNYIT 1 LITER SANTAN KELAPA 20 GM
GARAM 10 BIJI KACANG BENDI 6 BIJI TERUNG CARA MEMASAK:
1. TUMISKAN BAWANG, HALIA DAN CILI KERING.
MASUKKAN PULA REMPAH YANG TELAH DICAMPURKAN DENGAN SEDIKIT AIR ASAM JAWA. 2.
KACAU SEHINGGA TERBIT MINYAK. SELEPAS ITU MASUKKAN SANTAN, KACAU HINGGA SEBATI.
3. MASUKKAN PULA TERUNG DAN BENDI, TUNGGU HINGGA SEPARUH MASAK. 4. SETELAH
HAMPIR MASAK, MASUKKAN PULA GARAM DAN SERBUK PERASA SECUKUP RASA.
ATAS
________________________________________
BLACK PEPPER STEAK
BAHAN-BAHAN: 1/2 KG
DAGING (SEBAIK-BAIKNYA BATANG PINANG) 5 ULAS BAWANG MERAH 2 ULAS BAWANG PUTIH
1/2 INCI HALIA 1 SUDU TEH LADA HITAM BIJI (BOLEH JUGA GANTI DENGAN 1/2 SUDU TEH
LADA SERBUK, TAPI RASANYA KURANG OOMPH!) 1 BATANG LOBAK MERAH (DIHIRIS
MENYERONG SETEBAL 1/2 INCI) 1/2 CAWAN KICAP MANIS 1 CAWAN AIR 1 ULAS BAWANG
BESAR (DIHIRIS MEMBULAT SETEBAL 1/4 INCI) 1/2 CAWAN CENDAWAN BUTANG (KALAU YANG
SEBIJI-SEBIJI TU, BELAH DUA. KALAU YANG DAH SIAP HIRIS, TAK PAYAH BUAT APA-APA
LAGI DAH) 1 BIJI BUAH TOMATO (DIBELAH 4 ATAU 6) 1/2 SUDU TEH TEPUNG JAGUNG
DICAMPUR DENGAN 2 SUDU BESAR AIR (UNTUK MEMEKATKAN KUAH) 1/2 SUDU TEH GULA ATAU
SECUKUP RASA 2 SUDU BESAR MINYAK MASAK CARA MEMASAK:
1. DAGING DIHIRIS LEBAR DAN SETEBAL 1/2
INCI. BERSIHKAN DAN KETEPIKAN. 2. KISAR HALUS BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH, HALIA
DAN LADA HITAM. 3. MASUKKAN DAGING, BAHAN DIKISAR, LOBAK MERAH, KICAP MANIS DAN
AIR KE DALAM PERIUK YANG DALAM. 4. MASAK ATAS API SEDERHANA / KECIL SEHINGGA
DAGING EMPUK (PASTIKAN KUAHNYA TAK KERING DAN TAMBAH AIR, JIKA PERLU). 5.
SEMENTARA DAGING DIMASAK, GORENG BAWANG BESAR HINGGA LAYU. ANGKAT DAN
KETEPIKAN. ULANGI LANGKAH INI DENGAN BUAH TOMATO. 6. APABILA DAGING DAH EMPUK,
MASUKKAN BAWANG BESAR DAN TOMATO BERSERTA MINYAKNYA, CENDAWAN BUTANG, CAMPURAN
TEPUNG JAGUNG DAN GULA SECUKUP RASA. 7. MASAK ATAS API KECIL SELAMA 3 - 5 MINIT
LAGI. 8. SIAP UNTUK DIHIDANG.
TIPS: STIK INI ENAK DIMAKAN BERSAMA
"GARLIC TOAST" DAN FRENCH FRIES. ATAS
________________________________________
GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN: 1
KG IKAN KEMBUNG (DIPOTONG DUA) 1 IKAT TAUGEH KASAR 1 CAWAN TEMPOYAK 1 BATANG
SERAI 10 BIJI CILI PADI SERBUK KUNYIT GARAM CARA MEMASAK:
1. MASUKKAN IKAN YANG TELAH DICUCI KE
DALAM PERIUK BERSAMA CILI PADI YANG TELAH DIKISAR DAN SERAI YANG TELAH
DITITIK.2. TEMPOYAK DIBANCUH DENGAN SEDIKIT AIR SUPAYA TIDAK TERLALU PEKAT. 3.
MASUKKAN SERBUK KUNYIT DAN GARAM 4. APABILA MENDIDIH, MASUKKAN TAUGEH. SEDIA
UNTUK DIHIDANG. ATAS
________________________________________
ASAM PEDAS TUMIS (MELAKA)
BAHAN-BAHAN:
IKAN SERKUT/TENGGIRI/SIAKAP/KEMBUNG/PARI/SEMBILANG/KELI TAPI MASAK ASAM NI KALO
MELAKA(SEBELAH MERLIMAU)SUKA IKAN PARANG RASANYA LEBIH SEDAP.IKAN PARANG 7/8
ULAS BAWANG MERAH 2 ULAS BAWANG PUTIH SEBESAR IBU JARI KAKI BELACAN KUNYIT
HIDUP SEBESAR IBU JARI TANGAN (BOLEH JUGA GUNAKAN KUNYIT SERBUK) AIR ASAM JAWA
CILI YANG TELAH DIBLANDER(DAPAT YANG DIGILING LEBIH SEDAP) 2 SUDU BESAR KERISIK(KELAPA
GORENG) SEDIKIT HALBA SEDIKIT HALIA (SEBESAR SEPARUH IBU JARI)- AGAK-AGAK KUAH
DAN IKAN BANYAK MANA. GARAM SECUKUP RASA PERASA AJINOMOTO JIKA SUKA. CARA
MEMASAK:
1. KUNYIT HIDUP DAN BAWG PUTIH DITUMBUK
LUMAT. 2. KEMUDIAN MASUKKAN BWG MERAH ...TUMBUK SEPARUH LUMAT...MASUKKAN
BELACAN TUMBUKKAN JUGA. 3. PANASKAN PERIUK DAN MINYAK UNTUK MENUMIS. 4. SETELAH
MINYAK PANAS MASUKKAN HALBA (LEBIH KURANG 4/5 BIJI)TAK BOLEH BANYAK NANTI
PAHIT.HALBA UNTUK NAIK BAU WANGINYA. 5. MASUKKAN BAWANG MERAH,PUTIH,BELACAN,KUNYIT,YANG
TELAH DITUMBUK TADI.KACAU. 6. MASUKKAN CILI YANG TELAH DIBLANDER(7/8 SUDU
BESAR-TENGOKLAH PEKAT KE CAIR CILI MESIN TU)KKACAU SEBATI MASUKKAN KERISIK. 7.
TUMISKAN DENGAN API SEDERHANA SEHINGGA GARING (MACAM BUAT SAMBAL)ATAU CILI
BERUBAH WARNA SEDIKIT MERAH HITAM. 8. SETELAH GARING MASUKKAN AIR ASAM
JAWA.TAMBAH AIR BIASA TENGOKLAH NAK KUAHNYA BANYAK MANA /SESUAI NGAN IKAN. 9.
KACAU BIAR BAHAN TUMIS TADI SEBATI NGAN KUAH. 10. MASUKKAN IKAN.KEMUDIAN
MASUKKAN HALIA YANG TELAH DITUMBUK SEDIKIT(USAH DITUMBUK LUMAT)ATAU DIHIRIS
HALUS. 11. DIDIHKAN KUAH...MASUKKAN GARAM DAN PERASA.
TIPS : MASAK ASAM SEBENARNYA RASA
ASAM(MASAM KUAHNYA) DENGAN PEDASNYA MESTILAH SEIMBANG.IKANNYA MESTI SEGAR.
GUNALAH IKAN PARANG NEXT TIME GUNA IKAN LAIN...RASALAH BEZANYA ANDA AKAN
TAHU....TUMISAN LADA DAN BAWANGNYA MESTI GARING (JANGAN SAMPAI HANGIT) JIKA TAK
TAK SEDAP... ATAS
________________________________________
SOTO AYAM
BAHAN A 1 EKOR AYAM DI POTONG
IKUT SUKA 3 BIJI BAWANG BESAR (POTONG 4) 5 ULAS BAWANG PUTIH (DI KETUK JE) 2
INCI HALIA (DI MAYANG) 2 KETUL SUB BUNJUT (CAP APA PUN TAK KISAH) SEDIKIT KAYU
KAYAN (BUNGA CENGKEH, BUNGA LAWANG, KAYU MANIS) CARA MEMASAK:
1. SEMUA BAHAN A NIE HENDAKLAH DIREBUS 2.
BILA AYAM DAH EMPUK DAN SEMUA BAHAN TU DAH SEBATI MASUKKAN LA GARAM, PAK AJI,
GULA SIKIT.
BAHAN B 10 BIJIK BAWANG MERAH CARA
MEMASAK:
1. BAWANG NI DI GORENG DENGAN MINYAK BARU
(MINYAK YANG BELUM DIGUNAKAN) MINYAK NI AGAK2 , JANGAN BANYAK SANGAT 2. BILA
DAH KUNING TUANGKAN BAWANG NGAN MINYAK TU KEDALAM SUP YANG DAH MASAK TU. 3. TUTUP
PERIUK SUP SUPAYA NAIK BAU WANGI BAWANG.
BAHAN C DAUN SUP DAN DAUN BAWANG DI POTONG
DAN MASUKKAN DALAM SUP TU. SAMBAL KICAP BAHAN-BAHAN: 20 BIJIK CILI API 2 BIJIK
LIMAU KASTURI (KALAU LIMAU NIPIS 2 BELAH) 2 ULAS BAWANG PUTIH KICAP SIKIT GULA
CARA:
1. TUMBUK CILI NGAN BAWANG PUTIH , BILA
DAH LUMAT 2. MASUKKAN DALAM MANGKUK, SELEPAS ITU TUANG KICAP, GULA DAN PERAHKAN
LIMAU. 3. SEDIA UNTUK DIMAKAN .
ATAS
________________________________________
NASI PAPRIK
BAHAN-BAHAN: 5 PINGGAN NASI
PUTIH PANAS 1/2 KILO ISI AYAM/DAGING 6 BIJI CILI API, DIHIRIS 3 ULAS BAWANG
MERAH, DIMAYANG HALUS 2 ULAS BAWANG PUTIH, DIMAYANG 1/2 BTG SERAI DIHIRIS 5
SUDU SOS CILI 2 SUDU SOS TOMATO 1 SUDU SOS TIRAM 3 BTG KACANG PANJANG DIPOTONG
2 SUDU BAWANG GORENG GARAM SECUKUP RASA SEDIKIT MINYAK MASAK CARA MEMASAK:
1. PANASKAN MINYAK DAN TUMIS BAWANG MERAH
DAN BAWANG PUTIH. BILA KEKUNINGAN, MASUKKAN CILI API. MASUKKAN SOS CILI, SOS
TOMATO, SOS TIRAM, SERAI DAN SEDIKIT AIR SELEPAS MENGGELEGAK, MASUKKAN ISI
AYAM/DAGING. 2. MASUKKAN GARAM SECUKUP RASA KEMUDIAN KACANG PANJANG DAN NASI
PUTIH. GORENG SELAMA 3 MINIT. HIDANGKAN.
ATAS
________________________________________
NASI DAGANG
BAHAN-BAHAN: 5 CAWAN BERAS
NASI DAGANG ATAU (3 CAWAN BERAS PULUT + 2 CAWAN BERAS BIASA) 2 CAWAN SANTAN
PEKAT 4 CAWAN SANTAN CAIR 2 SUDU BESAR HALBA 10 ULAS BAWANG MERAH KECIL, MAYANG
HALUS 6 ULAS BAWANG PUTIH, MAYANG HALUS 1½ INCI HALIA, DIHIRIS HALUS (SEPERTI
BATANG MANCIS) GARAM DAN GULA SECUKUP RASA. CARA MEMASAK:
1. DIDIHKAN AIR DIDALAM PERIUK KUKUSAN 2.
GAUL BERAS DAN SANTAN CAIR DENGAN SEDIKIT GULA DAN GARAM 3. ALASKAN KUKUSAN
DENGAN KAIN KAPAS YANG BERSIH (SEELOK-ELOKNYA DUA INCI MELEBIHI PARAS BEKAS
PENGUKUS 4. MASUKKAN BERAS YANG SUDAH BERSANTAN KEDALAM PENGUKUS DAN KUKUS
SEHINGGA BERAS MASAK 5. KELUARKAN BERAS YANG SUDAH MASAK, MASUKKAN KE DALAM
SEBUAH MANGKUK BESAR 6. SEMASA MASIH PANAS PANAS, GAUL RATA-RATA DENGAN SANTAN
PEKAT (MASUK SEDIKIT-SEDIKIT), BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH, HALIA DAN HALBA.
SESUAIKAN GULA DAN GARAMNYA. 7. HIDANG PANAS-PANAS BERSAMA KUAH DAN SAMBAL
KELAPA.
GULAI IKAN TONGKOL (ATAU AYAM) UNTUK NASI
DAGANG BAHAN A DUA EKOR IKAN TONGKOL SEDERHANA BESAR 5 KEPING ASAM GELUGOR 2
INCI HALIA, DITUMBUK KASAR 3 ULAS BAWANG MERAH KECIL, DITUMBUK KASAR 3 ULAS
BAWANG PUTIH, DITUMBUK KASAR SESUDU MAKAN GARAM DAN SESUDU TEH GULA AIR UNTUK
MEREBUS (SEKADAR MENUTUP IKAN, LEBIHKAN SEINCI) BAHAN B SANTAN PEKAT DARI SATU
BIJI KELAPA 3 KEPING ASAM GELUGOR 5 ULAS BAWANG MERAH KECIL, DITUMBUK 4 ULAS
BAWANG PUTIH, DITUMBUK 1 INCI HALIA, DITUMBUK SATU PEKET REMPAH KARI ADABI,
DIBUAT PES SATU SUDU MAKAN CILI BOH (KALAU TAK SUKA PEDAS, TINGGALKAN) 1 CAWAN
SANTAN CAIR, DIBANCUH DENGAN SESUDU MAKAN ASAM JAWA. 2 SUDU MAKAN GULA MERAH/
KABUNG/ MELAKA (ATAU KALAU DI KELANTAN DIPANGGIL "MANISAN") GARAM
SECUKUP RASA MINYAK UNTUK MENUMIS CARA MEMASAK: REBUS BAHAN A SEHINGGA MASAK,
DAN RENIHKAN SELAMA SETENGAH JAM, KEMUDIAN AMBIL IKAN SAHAJA DAN KETEPIKAN.
PIJARKAN MINYAK DI DALAM PERIUK TUMISKAN BAWANG, BAWANG PUTIH DAN HALIA,
SEHINGGA NAIK BAU MASUKKAN REMPAH KARI DAN CILI BOH (JIKA GUNA) DAN GORENG
SEHINGGA KELUAR MINYAK MASUKKAN SANTAN CAIR YANG TELAH DICAMPUR DENGAN ASAM
JAWA DAN IKAN (KETEPIKAN SEKEPING UNTUK SAMBAL KELAPA). BIARKAN MENDIDIH
MASUKKAN SANTAN PEKAT DAN ASAM GELUGOR BILA MENDIDIH MASUKKAN GULA MERAH
MASUKKAN GARAM DAN SESUAIKAN RASANYA (KALAU SUDAH MASAM, KELUARKAN ASAM
GELUGOR) BIARKAN RENIH SELAMA 15 MINIT SEBELUM DIHIDANGKAN BERSAMA NASI
DAGANG.SAMBAL KELAPA UNTUK NASI DAGANG BAHAN-BAHAN: KELAPA PARUT (SEBIJI),
DISANGRAI SEHINGGA PERANG 4 SUDU MAKAN GULA KABUNG (MANISAN) SEKEPING IKAN
TONGKOL REBUS, ASINGKAN ISINYA SAHAJA CARA MEMASAK: TUMBUK SEMUA BAHAN-BAHAN
SEDIKIT DEMI SEDIKIT. PASTIKAN KELAPA TIDAK PECAH MINYAKNYA. KALAU TIDAK SUKA
TERLALU MANIS BOLEH KURANGKAN GULANYA. HIDANGKAN NASI DAGANG DENGAN GULAI IKAN
TONGKOL DAN SAMBAL KELAPA. BOLEH JUGA DIMAKAN DENGAN SAMBAL TUMIS DAN ACAR
TIMUN. ATAS
________________________________________
MEE BANDUNG MUAR (RESEPI ASLI MUAR)
BAHAN-BAHAN: 1 KG MEE KUNING 10 TANGKAI CILI KERING (BUANG BIJI DAN REBUS,
TOSKAN) 1 LABU BAWANG PUTIH (DIKETUK) 5 BIJI BAWANG MERAH ½ CAWAN UDANG KERING,
DIREBUS DENGAN SECAWAN AIR (ALTERNATIVELY BOLEH GUNA SOTONG RENDAM, REBUS JUGA,
INI STYLE MEE BANDUNG TANJUNG AGAS, MUAR) ½ CAWAN UDANG HIDUP 1 CAWAN DAGING
REBUS (DIPOTONG NIPIS) SAWI (SUKATAN IKUT SUKA, POTONG ANGGARAN 1 INCI) KOBIS
(SUKATAN IKUT SUKA, HIRIS KASAR) ¾ - 1 CAWAN GULA PASIR 3 - 4 CAWAN AIR REBUSAN
DAGING 1 SUDU MAKAN SOS TIRAM TELUR AYAM (MENGIKUT JUMLAH HIDANGAN) GARAM
SECUKUP RASA MINYAK UNTUK MENUMIS LAIN LAIN PERENCAH E.G. DAGING AYAM,
FISHBALLS, SOTONG, BUNGA KOBIS, HATI REBUS BOLEH DIMASUKKAN MENGIKUT INDIVIDUAL
PREFERENCE. DAUN SADRI & DAUN BAWANG, JIKA SUKA (DIHIRIS) NOTE: MEE BANDUNG
ASLI TIDAK MENGANDUNGI APA APA YANG RASA MASAM, SO, JANGANLAH MASUKKAN TOMATO
PURI/TOMATO SOS/CILI SOS/ASAM JAWA. INI AKAN MEROSAKKAN KEASLIAN RASANYA. RAMAI
ORANG YANG PANDAI-PANDAI MODIFY MEE BANDUNG MUAR NI BY ADDING SOUR INGREDIENTS.
ITU YANG SPOIL TU. CARA MEMASAK:
1. BLEND CILI KERING, UDANG KERING &
AIR REBUSANNYA, GULA, BAWANG PUTIH & BAWANG MERAH. 2. PIJARKAN SEDIKIT
MINYAK DIDALAM KUALI 3. TUMISKAN BAHAN BAHAN YANG DIKISAR. JANGAN SAMPAI GARING
4. MASUKKAN SOS TIRAM 5. MASUKKAN UDANG, DAGING REBUS (DAN BAHAN NO. 15 JIKA
ADA). 6. MASUKKAN BATANG SAWI DAN AIR REBUSAN DAGING DAN GARAM. BIAR SEHINGGA
PEKAT
UNTUK MENGHIDANG (MEE BANDUNG NI TAK SEDAP
MASAK IN BULK, SO KENALAH "BANCUH" SEPINGGAN-SEPINGGAN.)
1. AMBIL SEDIKIT KUAH (DAN RENCAHNYA UNTUK
SATU ORANG MAKAN) 2. PANASKAN KUAH DAN MASUKKAN SEBIJI TELUR, SEHINGGA SEPARUH
KERAS. 3. MASUKKAN SAYUR DAN BILA AGAK LEMBUT, MASUKKAN MEE KUNING UNTUK SATU
ORANG MAKAN 4. MASUKKAN KEDALAM MANGKUK LEPER, TELUR LETAK DIATAS, TABURKAN
DAUN SUP & DAUN BAWANG, JIKA SUKA. 5. HIDANGKAN.
ATAS
________________________________________
GULAI NENAS IKAN KERING ORANG UTARA
BAHAN-BAHAN: 1 PAKET SERBUK KARI IKAN / IKAN KERING 1 BIJI NENAS ISI / TULANG
IKAN TALANG KERING SANTAN GARAM BAWANG MERAH DAUN KARI MINYAK UNTUK MENUMIS
CARA MEMASAK :
1. IKAN TALANG DIRENDAM. 2. REBUS NENAS
YANG TELAH DIPOTONG BERSAMA-SAMA DENGAN SERBOK KARI SEHINGGA HAMPIR KERING
DENGAN API SEDERHANA. KEMUDIAN MASUKKAN SANTAN DAN IKAN TALANG TADI BIARKAN
MENDIDIH. 3. KETEPIKAN. GARAM BUBUH KEMUDIAN SEBAB GULAI TERSEBUT MUNGKIN TELAH
MASIN DARI ISI IKAN TALANG TERSEBUT.(RASA DULU) 4. BAWANG MERAH DIMAYANG
KEMUDIAN DITUMIS DIDALAM KUALI BERSAMA-SAMA DENGAN DAUN KARI. 5. SETELAH GARING
MASUKKAN BAWANG BERSAMA-SAMA MINYAK TADI KE DALAM GULAI IKAN TADI. 6. KACAU
SEBENTAR KEMUDIAN TUTUP PERIUK TADI. 7. SIAP DAN BOLEH DIMAKAN. ATAS
________________________________________
AYAM BERCILI MASAK KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
1/2 KG AYAM SERBUK KUNYIT GAULKAN SEDIKIT GARAM 6 BIJI BAWANG KECIL 3 ULAS
BAWANG PUTIHDITUMBUK LUMAT SEDIKIT HALIA 4 SUDU BESAR BIJI KETUMBAR 1 SUDU
KECIL JINTAN MANIS DI MESIN HALUS 4 SUDU BESAR CILI MESIN/CILI BOH 2 ASAM
KEPING CARA MEMASAK:
1. GORENG AYAM SEHINGGA GARING. SETELAH
GARING BOLEHLAH DIANGKAT DAN KETEPIKAN. 2. TUMISKAN BAHAN YANG TELAH DITUMBUK
LUMAT SEHINGGA NAIK BAU KEDALAM MINYAK LEBIHAN AYAM TADI (AGAK-AGAK MINYAK
DENGAN BAHAN YANG HENDAK DIBUAT SAMBALNYA). 3. MASUKKAN CILI MESIN/CILI BOH
SEHINGGA PECAH MINYAK. 4. KEMUDIAN MASUKKAN KETUMBAR DAN JINTAN MANIS YANG
TELAH DIMESIN. JIKA NAMPAK PEKAT TUANGKAN SEDIKIT AIR (GUNAKAN API YANG
SEDERHANA). 5. MASUKKAN ASAM KEPING, SEDIKIT GARAM DAN SEDIKIT GULA. KEMUDIAN
MASUKKAN AYAM YANG TELAH DIGORENG TADI DAN GAULKAN. HIDANGKAN ATAS
________________________________________
AYAM MASAK LOMAK CILI API NOGORI STYLE
BAHAN-BAHAN: 1 EKOR AYAM (AYAM KAMPUNG/AYAM DAGING BIASA (AYAM BANDAR)) 30 ULAS
CILI API/PADI (IKUT SUKA - KALAU TAK TAHAN PEDAS BOLEH KURANGKAN SIKIT) 1 INCI
KUNYIT HIDUP 2-3 BATANG SERAI (DITITIK) SANTAN (DR SEBIJI KELAPA) 2-3 ULAS
BAWANG PUTIH & MERAH (UTK AYAM BANDAR SAJA - HILANGKAN BAU HANYIR)
CARA MEMASAK:
1. TUMBUK CILI API + KUNYIT HIDUP + BAWANG
PUTIH & MERAH SELUMAT2NYA.. 2. BAHAN (1) TADI DIGAULKAN DGN AYAM DIDLM
KUALI BESERTA SERAI YANG DITITIK 3. KECUTKAN AYAM DENGAN BAHAN2 TADI SUPAYA
MESRA HINGGA KERING AIRNYA4. MASUKKAN SANTAN DAN KACAU SUPAYA TIDAK TERBIT
MINYAK 5. PERISAKAN DGN GARAM (SERBUK PERASA TAK PERLU..NANTI TAK PURE) 6.
TUNGGU HINGGA KUAH MENGGELEGAK DAN LEPAS TU BOLEHLAH DITUTUP APINYA..
NOTA: KALAU SUKA KENTANG, BOLEH MASUKKAN
SELEPAS MASUKKAN SANTAN KEDALAM KUALI DAN KECILKAN API SUPAYA IA CEPAT EMPUK.
How to Win at the Wheel of Fortune Slot Machine
ReplyDeleteTo win at 사천 출장안마 the Wheel of Fortune slot machine, you need to predict 정읍 출장마사지 whether the outcome of an event 평택 출장마사지 is going to be different baoji titanium depending on the game. 속초 출장안마 The Wheel of Fortune slot