BAHAN-BAHAN:
500GM KACANG TOSAI, DITEPUNGKAN ATAU BELI TERUS TEPUNG KACANG TOSAI.
1/2 SUDU KECIL (TSP) JINTAN PUTIH.
1/2 SUDU KECIL REMPAH AJOIWAN (BAUNYA SEPERTI REMPAH BARAT TYME) DAN LEBIH KURANG BENTUK JINTAN MANIS. KALAU TAK DAPAT CARI GUNAKAN JEERA (JINTAN PUTIH JENIS PANJANG).
1/4 SUDU KECIL BAKING POWDER.
GARAM IKUT RASA SENDIRI.
CARA-CARA MEMBUAT:
1. ADUNKAN SEMUA BAHAN-BAHAN DIATAS DALAM SEBUAH BEKAS.
2. BUATKAN DOH YANG AGAK KERAS DENGAN TAMBAHKAN SEDIKIT AIR. KITA KENA KURANGKAN AIR SEBERAPA YANG BOLEH UNTUK PAPADOM CEPAT KERING.
3. SELEPAS BUAT DOH, TUTUP BEKAS DOH TERSEBUT DAN BIARKAN DOH DI DALAMNYA SELAMA 2 JAM.
4. SELEPAS DUA JAM, MASUKKAN SEDIKIT MINYAK MASAK DAN LENYEKKAN(TUMBUK) DENGAN ANAK BATU LESONG SEHINGGA DOH YANG AGAK KERAS TADI AKAN MENJADI LEMBUT.
5. JADIKAN BEBOLA KECIL UNTUK DILEPERKAN SEPERTI ROTI CAPATI DAN SAIZ MENGIKUT SAIZ YANG ANDA KEHENDAKI. JANGAN TEBAL SEPERTI CAPATI PULAK. AGAK KETEBALAN SEPERTI PAPADOM YANG KITA BELI DI KEDAI SEBELUM DIGORENG. TEBAL SEPERTI KEROPOK SENANG CERITA.
6. JIKA MASA LEPERKAN, DOH MELEKAT BOLEH GUNAKAN SEDIKIT MIYAK DAN SAPU BEKAS PELEPER.
7. KEPINGAN PAPADOM YANG TERHASIL PERLU DIKERINGKAN BAWAH CAHAYA MATAHARI SELAMA DUA HARI. JANGAN KERINGKAN SANGAT NANTI PAPADOM ANDA BOLEH RETAK. ANDA BOLEH GUNAKAN BERBAGAI CARA. MUSTAHAK NYA DOH. KALAU TAK RETI NAK LENYEK BULAT , LENYEK GUNA ACUAN ATAU BOLEH POTONG EMPAT SEGI SEPERTI PAPADOM MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment