Sunday 14 December 2014

TIPS BUAT FROZEN FOOD UTK BABY UMUR 6 BULAN KE ATAS BAGI IBU BEKERJA

BOLEH AMBIL 2-3 CUBE, CAIRKAN DAN PANASKAN TIAP KALI NAK BAGI BABY MAKAN. SEBAIK-BAIK MAKANAN BERBANDING NESTUM

 Antara sayur yang sesuai

Menggiurkan makanan yang dah blend

1. Untuk puree buah-buahan, potong dadu dan masukkan dalam foil aluminium, pastu kukus. Kemudian blend sampai halus dengan sedikit air. Masukkan dalam bekas cube ais. Dah beku, boleh alihkan ke dalam tupperware bagi jimatkan ruang dlm fridge

Antara puree buah yg sesuai kukus cara ni:
Epal, buah lai, kurma, strawberry, peach

2. Buah/sayur potong kecil2 dan rebus. Kemudian blend sampai halus dengan sedikit air dari rebuasan tadi. Masukkan dalam bekas cube ais. Dah beku, boleh alihkan ke dalam tupperware.

Yg sesuai cara ni:
Kentang, kacang peas fresh, carrot, labu, keledek, brokoli, bunga kobis putih

3. Isi ayam potong kecik2. Atau ambik beberapa keping ikan tenggiri. Buat sup. Macam biasa, cuma guna buah pelaga dgn bawang merah je. Halia dll tak perlu. Dah masak, cuma ambil sup dan isi ayam/ikan yang dibuang tulang. Blend dan bekukan dalam cube ais.
**Jgn letak garam or gula sebab nama pun baby kan.

Untuk baby yang dah pandai kunyah sikit or 8 bulan ke atas:
Rebus ayam, makaroni, carrot, bawang, buah pelaga (kayu manis dan bunga lawang bagai tak perlu). Bila makaroni dah empuk, keluarkan semua bawang dan buah pelaga dan buang. Yang lain-lain boleh blend. Masukkan dalam bekas cube ais. Dah beku, boleh alihkan ke dalam tupperware bagi jimatkan ruang dalam fridge.

MAKARONI SUP AYAM NI KALAU DAH BLEND, JANGAN TERKEJUT KALAU ANAK YANG DAH BESAR PON SIBUK MINTAK. SIYES SEDAP

10 comments:

  1. Nak tryla untuk anak sedara mcm sedap ajr..huhu

    Jemput2 la ke blog saya moh ler singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Mama Iskandar sudi singgah blog kecik ni :)

      Delete
  2. good sharing,thanks ye 😍😍

    ReplyDelete
  3. Berapa lama tahan ye kalau letak dlm freezer

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa saya buat utk kegunaan 2-3 minggu je sbb suka masak makanan baru utk baby (tapi blh tahan 2 bln)

      Delete
  4. Replies
    1. biasa saya buat utk kegunaan 2-3 minggu je sbb suka masak makanan baru utk baby (tapi blh tahan 2 bln)

      Delete